Nakbebel
No Result
View All Result
Nakbebel
No Result
View All Result
Nakbebel
No Result
View All Result

Longkang di Jepun tidak tercemar kerana mereka mengamalkan kaedah mudah ini yang boleh kita praktikkan di Malaysia!

Longkang di Jepun tidak tercemar kerana mereka mengamalkan kaedah mudah ini yang boleh kita praktikkan di Malaysia!
Whatsapp

“Sankaku Koona”

Berkesinambungan dengan Post saya baru-baru ini berkenaan “Kisah Geisuido” atau sistem pengurusan air kumbahan di Jepun, saya telah menerangkan secara ringkas mengenai mengapa longkang-longkang di Jepun airnya amat jernih dan bersih.

Kali ni saya mahu mengajak anda semua ke satu lagi dimensi baru yang mungkin menyuntik keterujaan anda dan mengembangkan minda anda kepada perubahan sikap dan penambahbaikkan kepada “Longkang” di negara kita!

——————————————–

Pengurusan Dapur.

Loading...

Di Jepun, kebanyakkan rumah mereka hanya mempunyai satu sistem dapur dan hanya mempunyai satu sinki.

Berbeza dengan rumah-rumah trend masa kini di Malaysia, kita mempunyai dua jenis sistem dapur iaitu Dapur Kering dan Dapur Basah.

Sejak berpuluh tahun dahulu kesedaran rakyat Jepun terhadap Alam sekitar dan kempen kerajaan untuk menjaga kebersihan sungai telah mendidik rakyat Jepun untuk tidak mengalirkan sisa makanan terus kedalam sinki mereka.

Antara merit pendidikan sebegini ialah:

1. Paip kumbahan di rumah tidak mudah tersumbat.
12. Kawasan persekitaran rumah tidak berbau busuk malah dapat meminimumkan kehadiran lalat.

23. Air longkang yang bertujuan untuk mengalirkan air permukaan atau air hujan tidak disalahgunakan untuk mengalirkan “Air yang telah digunakan”.

4. Air yang telah digunakan mudah dirawat kerana tiada sisa pepejal bercampur dan kos pengurusannya tidak tinggi.

5. Yang terpenting, sungai-sungai di Jepun bebas dari segala anasir bahan tercemar di alirkan dengan ini sungai-sungai di Jepun amat bersih sehingga unggas dan fauna hidup dengan selesanya.

Loading...

6. Terakhir sekali, pantai dan laut di sekitar Jepun juga bebas dari pencemaran.

——————————————–

Bagaimana mereka melakukannya?

Antara sistem pengurusan sinki yang dilakukan di Jepun:

1. Menggunakan “Sankaku Koona” atau Sudut Tiga Segi. Ianya adalah satu bekas yang diletakkan di sudut sinki bagi menerima buangan sisa makanan.

Sistem ini digunakan di kebanyakkan rumah-rumah rakyat marhaen. Kerana kos nya adalah yang paling murah.

2. Menggunakan “Mizu Kiri Filter” atau penapis pemisah air. Ianya digunakan bagi mudah memisahkan sisa pepejal dan bahan bahan berair dan digunakan bersama-sama dengan Sankaku Koona tadi.

3. Ada sistem yang lebih advance iaitu menggunakan sistem penapis terus di dalam lubang sinki.

4. Sistem penapis elektronik yang terus menapis dan menukar sistem pepejal kepada bahan mudah buang yang boleh dijadikan sebagai baja.

Sistem No3 dan No4 saya tidak akan terangkan sekarang.

Saya akan menerangkan mengenai “Sankaku Koona” sahaja untuk kali ini.

——————————————–

Sila layari gambar-gambar yang saya tempelkan di sini bagi memudahkan anda memahami bagaimana penggunaan Sankaku Koona ini.

Untuk makluman, sistem Sankaku Koona di dalam gambar di bawah ini saya praktikkan di rumah saya di Johor Bahru, Malaysia sekarang ini….bukan di Jepun.

Bekas Sankaku Koona dan Mizu Kiri Filter tadi dengan mudah didapati di mana-mana Daiso di Malaysia ini. Harga tak melebihi RM15.

Tiada masalah untuk saya mempraktikkannya di Malaysia!

Anda juga boleh melakukannya!!
3Mizu Kiri Filter atau penapis pemisah air. Boleh beli di Daiso ada pelbagai saiz. RM 5.90 sahaja.

4Nampak tak dia macam karung, nipis ya amat!

5Cara mengahwinkan Penapis Pemisah Air dan Sankaku Koona.

6Sisa Pepejal Makanan. Nampak tak kalau dulu kita biasa guna plastik…air selalu bertakung… walaupun baru setengah hari…kalau sampah tu tak buang cepat…terus busuk lalat hurung. Tapi ada filter ni…segala air busuk mudah dinyahkan.

7Okay…nak buang senang…ikat kemas-kemas

8

Sediakan plastik kecil lain….Haa? apa ni? dah bungkus nak bungkus lagi? yaa… ini bagi memastikan bau sampah tidak menarik perhatian kesatria mata hijau…Lalat dan langau…

9

Ikat kemas kemas

Walaupun ianya nampak seperti perkara remeh, hanya dek kerana singki dan longkang, namun sebenarnya perkara inilah yang telah lama menghantui masyarakat kita hingga kini.

Mungkin ramai telah lama memikirkan apakah jalan penyelesaian terbaik untuk tidak menjemput lalat ke dapur dan supaya singki selalu tersumbat.

Ya saya faham, mungkin ramai akan menggomel…hmmm nampak macam tak praktikal je… makanan kita kan banyak minyak… Ye betul…InsyaAllah saya akan tunjukkan cara pengurusan Minyak masak suatu hari nanti.

Mari rakan-rakan semua….kita ubah sikap kita ke arah Malaysia yang lebih Gemilang.

Assalamualaikom, Terima Kasih

Sumber: Kamarul Ilmar in Shimane

1shares
  • Share
  • Tweet

Related Posts

Bencana Gempa Bumi Kuat Berlaku Di bandar Alaska Awal Pagi Tadi. Tiada Kematian Dilaporkan Setakat Ini.
Uncategorized

Bencana Gempa Bumi Kuat Berlaku Di bandar Alaska Awal Pagi Tadi. Tiada Kematian Dilaporkan Setakat Ini.

55
Gurauan Ketika Sambutan Hari Jadi Menjadi Tragedi Apabila Mangsa Disambar Api Lilin Kek, Letupan Berlaku.
Uncategorized

Gurauan Ketika Sambutan Hari Jadi Menjadi Tragedi Apabila Mangsa Disambar Api Lilin Kek, Letupan Berlaku.

29
Kesemua Kawasan Rehat Dan Rawat PLUS Bakal Dilengkapi Dengan WIFI Percuma Menjelang 2022.
Uncategorized

Kesemua Kawasan Rehat Dan Rawat PLUS Bakal Dilengkapi Dengan WIFI Percuma Menjelang 2022.

6
Detik-Detik Cemas Ketika Seorang Bayi Hampir Digilis Oleh Kereta Api. Video Telah Tular Ke Seluruh Dunia.
Uncategorized

Detik-Detik Cemas Ketika Seorang Bayi Hampir Digilis Oleh Kereta Api. Video Telah Tular Ke Seluruh Dunia.

42

Discussion about this post

Facebook

Facebook

Trending

  • Saksi Sangat Pasti Siapakah Individu Yang Memukul Dan Mencederakan Mangsa. Perbicaraan Bersambung Esok.

    Saksi Sangat Pasti Siapakah Individu Yang Memukul Dan Mencederakan Mangsa. Perbicaraan Bersambung Esok.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bencana Gempa Bumi Kuat Berlaku Di bandar Alaska Awal Pagi Tadi. Tiada Kematian Dilaporkan Setakat Ini.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Detik-Detik Cemas Ketika Seorang Bayi Hampir Digilis Oleh Kereta Api. Video Telah Tular Ke Seluruh Dunia.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Longkang di Jepun tidak tercemar kerana mereka mengamalkan kaedah mudah ini yang boleh kita praktikkan di Malaysia!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nak kenal perempuan dengan lebih mendalam? Tanya 47 soalan ini kepada mereka

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kenapa Bayi Kerap Genggam Tangan?, Detik Penting Dalam Perkembangan Bayi.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dengan 7 hotel terapung di Malaysia ini, menjadi tempat percutian yang menarik.

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dalam Hubungan, Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lakukan 8 Perkara Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kalau Jumpa Orang Dengan Telinga Macam Ini Lebih Baik Jangan Cari Pasal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Nakbebel

Facebook Twitter Instagram
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact Us

© 2018 Nakbebel

No Result
View All Result
  • Home
  • Pengiklanan
    • Pengiklanan Di Instagram Nakbebel
    • Pengiklanan Di Twitter Nakbebel

© 2018 Nakbebel